Waktu Ialah Kehidupan


Wahai anakku yang tercinta:

Sebahagian daripada nasihat yang telah diberikan oleh rasulullah (s.a.w) kepada ummatnya ialah sabda baginad yang berbunyi; adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah daripada seseorang  hamba apabila dia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah di gunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (yaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalan  (pada hari kiamat ) .Dan barangsiapa yang umurnya yang lebih 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka.Sebenarnya , sekadar ini sahaja sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

p/s: nasihat ini di petik dari buku ayyuhalwalad,karangan imam Al Ghazali yang di terjemahkan oleh ustaz Ahmad Fahmi zam zam

Comments

Popular Posts